Ahad, 26 Jun 2011

Pengacara Imam Muda terlibat kemalangan

 Jangan lupa follow blog Topik Hangat! nie ye untuk bermacam lagi topik yang sedang HANGAT di bumi Malaysia nie.. Lepas baca tu komen laa sikit kan?? ^_^.. Follow dan visit laa blog saya satu lagi iaitu Akaun Sempit ye.. ..

--->Saya baru sahaja tahu yang pengacara sebuah rancangan realiti TV Imam Muda yang lebih dikenal sebagai Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila bertembung dengan sebuah lori kelapa sawit hingga menyebabkan keretanya remuk dan terperosok ke dalam perut lori di Sepang kira-kira pukul 2.30 petang sabtu lalu, Kemalangan berlaku ketika beliau ingin mengadakan ceramah di Port Dickson. Mungkin ada juga daripada pembaca blog Topik Hangat! sudah pun tahu.. Saje je nak update..

Menurut sumber, Ustaz Dzul ketika itu menggunakan laluan jalan di Sepang dan ingin memotong sebuah lori yang membawa muatan sawit. Malang tidak berbau apabila lori tersebut membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kereta Ustaz Dzul merempuh lori itu. Selepas kemalangan tersebut beliau tidak sedarkan diri sehingga dirawat di Hospital Putrajaya.

Kemalangan tersebut menyebabkan beliau mengalami kecederaan di lutut kirinya dan mendapat 12 jahitan disekitar muka. Ustaz Dzul juga memberitahu kemalangan tersebut menyebabkan beliau trauma untuk memandu. 



Berikutan kemalangan tersebut,dia terpaksa berehat dari mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzul akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.

 Saya hanya dapat mendoakan agar Ustaz Dzul supaya segera sembuh dan dapat mengacarakan Imam Muda 2 kembali selepas ini. Perkara ini juga harus dijadikan teladan buat semua pengguna di jalan raya dan ingatlah kadang-kadang orang lain yang menjadi mangsa diatas perbuatan yang tidak kita sedari.

Seharusnya kita semua lebih peka dan bertanggungjawab dalam menggunakan jalan raya bersama. Jadi kepada semua peminat Imam Muda jangan lupa pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Nota pengarang: Mesti ramai orang nak sangat tengok Fahrin Ahmad mengacarakan rancangan berbentuk Islamik ini. Semoga berjaya Fahrin!

[ads] [Kelab Jutawan] Hangat! Hangat! Hangat! Kelab Jutawan semakin hangat dibicarakan! Klik http://bit.ly/lyIjY0  untuk maklumat lanjut. Didaftarkan dengan SSM (SuruhanJaya Syarikat Malaysia) [No. Pendaftaran: 002046530-W] --> (Sujairi KJ Enterprise). Sebarang pertanyaan sangat dialu-alukan. Boleh juga like http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan Baca juga nota ini juga:  http://on.fb.me/jaxfF <--- Cara menyertai KelabJutawan~

2 ulasan:

  1. Takziah.,,semoga dia cepat sembuh.., Insya-Allah
    http://linafadzlina92.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Yup betul tu.. Tapi dari sumber tersebut xde pulak kata terukkan.. Apa-apapun, semoga Allah memulihara beliau.. =)

    BalasPadam