Isnin, 27 Jun 2011

Benarkah Hazama AF9 gaduh dengan Farhan AF4?


Jangan lupa follow blog Topik Hangat! nie ye untuk bermacam lagi topik yang sedang HANGAT di bumi Malaysia nie.. Lepas baca tu komen laa sikit kan?? ^_^.. Follow dan visit laa blog saya satu lagi iaitu Akaun Sempit ye.. ..
  *[Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan 
**Anda sudah baca artikel mengenai Jus Kesihatan? Jom baca di JUSMAQUI - Jus Kesihatan Kita~

--> Satu Malaysia sudah mengetahui rasanya pemuda berasal dari Keramat, Kuala Lumpur ini mempunyai peminat fanatik yang ramai. Hazama Ahmad Azmi, 24 tahun, atau lebih dikenali sebagai Hazama pernah disebut “the best winner” dalam rancangan realiti TV, walaupun terkandas ketika Konsert Prelude satu ketika lalu. Sudah kira-kira 2 minggu bergelar juara rancangan realiti Akademi Fantasia yang terakhir, Hazama tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti dan yang terbaru sebuah rancangan berjudul Hey Hazama telah diterbitkan bagi membolehkan peminatnya lebih mendekatinya secara lebih mendalam. Tapi dalam banyak-banyak ceritanya terselit jugalah satu cerita dari Hazma sendiri apabila dia merasa agak terkilan dengan bekas pelajar AF 4 iaitu Farhan Azizan yang merupakan kawan baiknya kerana tidak pernah hadir memberikan sokongan dari konsert mingguan hinggalah ke konsert akhir yang berlangsung di Putrajaya.

Mengikut sumber apabila ditanya mengenai sejauh mana keakraban hubungan mereka, Hazama mengakui yang hubungan mereka sungguh akrab terutama selepas dia terkeluar pada konsert Prelude di AF4 dahulu.Malah tambahnya, sehingga ada media dan rakan-rakan artis yang melabelkan mereka sebagai pasangan kekasih kerana terlalu akrab dan mesra. Tetapi semua itu hanyalah sekadar usikan dan mereka professional dalam melakukan kerja, ini kerana pada masa tersebut Hazama merupakan salah seorang artis rakaman yang bernaung di bawah syarikat Farhan sendiri.


Siapa yang tak sedih kalau rakan baik yang sama-sama dalam AF dahulu tidak Nampak batang hidung terutama di konsert akhir. Disebabkan perkara tersebut jugalah Hazama dikatakan merajuk sedikit dengan rakannya itu. Kesian Hazama, yelah ketika semua orang meraikan kejayaanya bergelar juara ada juga kawan-kawan yang menyepikan diri. Yelah, pelik juga rasanya ketika dunia teknologi sekarang semakin maju dengan pelbagai rangkaian sosial seperti Facebook, Tweeter dan macam-macam lagilah tak mungkin Farhan menyepikan diri dari mengucapkan paling tidak “Tahniah” kepada Hazama. Paling tidak pun SMS pun ada atau mungkin Farhan ada masalah lain yang kita sendiri tidak tahu.Itu kene tunggu Farhan sendiri yang memberi respon ok.

Sekarang ni susah nak cari rakan atau sahabat yang sama-sama menempuh onak dan duri terutama bergelar seorang artis.Macam-macam perkara yang berlaku, bak kata pepatah kawan bergelak tawa selalunya ramai tapi kawan sedih dan menangis belum tentu ada. Apapun, kita tidak boleh mendengar dari sebelah pihak saja tanpa mendengar jawapan dari pihak disebelah sana. Semoga hubungan Farhan dan Hazama kembali jernih dan bersama-sama rancak di arena nyanyian masing-masing. Apapun lirik lagu terbaru Hazama berjudul Cinta Teragung memang mendapat sambutan yang hebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan