Isnin, 27 Jun 2011

Nyanyi Balik, X-Factor Kena Tipu Komposer Baru Yang Licik!


Credit to Murai...  [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan

--> KL, 27 JUN 2011: Agak lama Murai Batu tidak dengar cerita pasal kumpulan X-Factor yang dianggotai 5 jejaka kacak iaitu Fendi, Zach, Shah, Danny dan Ivarn. Yang paling Murai Batu selalu dengar pun cerita tentang Zach dan Danny.

Sekarang ni pun, Murai Batu dapat tahu, X-Factor bukan lagi dianggotai 5 orang tetapi hanya 3 orang saja iaitu Zach, Danny dan Shah.

Di antara ketiga-tiga anggota X-Factor yang masih kekal ni, Murai Batu nampak hanya si Danny dan Zach saja yang hot sebagai pelakon drama dan filem. Apa yang penting, Murai Batu lihat Zach dan Danny seakan-akan berlumba-lumba menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang lakonan.

Namun, kalau diikutkan pemantauan Murai Batu, Zach ni lebih popular dengan drama Si Capek, manakala Danny pula lebih dikenali dengan sitkom Fara yang mana Danny telah bergandingan bersama Farah Fauzana yang menjadi teraju utama untuk sitkom ini.

Tentang Shah pula, Murai Batu dengar dia baru saja menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini. Dengar cerita, isteri Shah ini datang dari keluarga yang berada. Yang penting, Murai Batu ada juga dengar agak grand juga majlis perkahwinanna itu. Namun, Murai Batu minta maaflah sangat-sangat kerana tak sempat menghadirkan diri pada majlis tersebut.

Bercakap tentang Shah lagi, Murai Batu dengar dia telah bertungkus-lumus untuk kembali menyanyi bersama X-Factor tetapi telah ditipu bulat-bulat oleh seorang komposer baru.

Dengar cerita, Shah yang ditugaskan mencari modal dan lagu baru untuk kumpulan ini telah pun kehilangan sejumlah wang yang besar hanya demi kerana untuk menghasilkan sebuah single.

Semua ini adalah gara-gara kerja seorang komposer licik. Murai Batu diberitahu lagi, komposer yang licik ini adalah bekas penyanyi dari kumpulan yang pernah menjadi juara program realiti TV.

Menurut sumber Murai Batu lagi, sebelum ini, komposer yang licik ini pernah dikecohkan dengan kes main kayu tiga dengan ramai penyanyi wanita baru.

Khabarnya lagi, Shah telah memberikan wang pembayaran penuh untuk single tersebut dan komposer itu sepatutnya menyiapkan single tersebut. Namun komposer itu telah menipu Shah dengan memberikan lagu yang kualitinya lebih kurang sama sahaja seperti lagu demo saja.

Padahal, mengikut perjanjian mereka komposer berkenaan perlu memberikan lagu siap dengan mxingnya sekali.

Apapun, kepada komposer ini, janganlah nak menipu orang saja, ini bukannya kali pertama Murai Batu dengar kisah tentang awak..Harap sedar dirilah. Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ia jatuh ke tanah jua.

MURAI BATU: Komposer gatal masih terus menggatal dan buat hal lagi dengan penyanyi baru yang lain.
*Credit to Murai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan