Selasa, 28 Jun 2011

Man Bai kembali dengan Inspirasi

[ads] [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan

--> Masihkah anda ingat lagi pada seorang anak seni yang dahulu namanya menjadi satu fenomena di dalam industri muzik tanah air di sekitar tahun 1990-an? Jika anda mengingati kumpulannya, pasti anda akan mengingati seorang penyanyi lelaki yang juga pernah terkenal dengan lagu Kau Ilhamku. Pasti klu-klu yang diberikan ini akan membawa anda kembali ke era kegemilangan kumpulan Gersang dan penyanyinya iaitu Man Bai yang kini membawa hala tujunya sebagai artis solo pula. Bukan itu sahaja, malah kali ini Man Bai kembali dengan sebuah album dan mula melangkahkan kaki semula ke dalam bidang seni suara secara aktif.

Penyanyi yang berasal dari Johor ini merupakan salah seorang anak seni yang berjaya membawa fenomena melalui lagu-lagu nyanyiannya. Sehingga kini, lagu Kau Ilhamku dan juga lagu dari kumpulan Gersang seperti Masih Aku Terasa masih lagi malar segar dan dimainkan di radio hampir setiap hari. Nampaknya, lagu-lagu seperti ini masih lagi menjadi kegemaran dan juga permintaan pendengar radio. Mungkinkah kemunculan semula Man Bai kali ini akan mendapat sambutan yang sama hebatnya seperti lagu-lagu malar segarnya?

Sama-sama kita ikuti jejak seninya kelak. Tetapi, apa yang penting sekarang ini adalah perkembangan dunia seninya dahulu. Man Bai kini berkolaberasi dengan Sony Music Entertainment Malaysia, dan telah menghasilkan sebuah album baru bertajuk Inspirasi. Sebuah album yang akan membawa Man Bai kembali semula ke persada seni ini mengandungi 8 buah lagu kesemuanya dan akan dipasarkan di pasaran mulai pada 30 Jun kelak.

Menurut Man Bai ketika menghadiri sesi pra-dengar album ini yang telah diadakan di pejabat Sony Music di Solaris Dutamas pada 22 Jun yang lalu memberitahu bahawa album ini adalh hasil dari muzik yang sering menjadi inspirasinya. Selain itu juga, dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap penjualan album ini yang diedarkan oleh pihak Sony Music Malaysia ini. Album yang mendekatkan dirinya kembali dengan bidang seni ini bertujuan untuk membawa kembali kenangan dan juga kerinduannya untuk beraksi semula di pentas seni yang kini dikatakan penuh dengan wajah-wajah baru. Menyentuh mengenai album ini, Man Bai turut memberitahu kegusarannya mengenai penerimaan masyarakat terhadap artis lama sepertinya, namun dengan bukti album ini yang sebenarnya lebih membawa kenangan terhadap lagu-lagu asal Man Bai.

Album yang bertemakan cinta dan kerinduan ini pastinya akan menjadi tumpuan peminat-peminat Man Bai yang dahagakan muzik dari seorang anak seni yang kini lebih selesa duduk di belakang tabir sahaja. Namun, atas permintaan ramai dan juga kehendak dirinya, maka kelahiran album ini bukan sahaja menjadi pengubat rindu, malah menjadi bukti kukuh menunjukkan semangat seninya sebagai seorang pemuzik dan seniman tidak pernah padam.

Album Inspirasi ini juga akan menjadi satu langkah perkenalan semula Man Bai kepada generasi muda belia yang mungkin hanya mengetahui lagu-lagunya sahaja. Ini juga masanya untuk Man Bai kembali rancak ke dalam industri yang masih lagi memerlukan kehadiran “otai-otai” muzik tanah air dan sama-sama memeriahkan lagi industri seni kita. Jika di Hollywood, semakin lama seseorang itu berada di dalam industri, maka semakin tinggi nilai dan juga penghargaan yang diberikan. Mungkin, semangat ini yang patut kita semai ke dalam industri kita dan bukannya menyisihkan yang lama dan menyanjung yang baru sahaja.

Secara ringkasnya, album ini mengandungi 8 buah lagu yang di mana lebih 60 peratus melodi asal beberapa buah lagu telah digubah semula. Menepati citarasa dan juga identity muzik Man Bai, terdapat 4 buah lagu baru yang dihasilkan bersama Man Bai bersama dengan RA, Asmin Mudin, Jisteraizi, Alim dan Ahmad Zahir. Antara senarai lagu baru yang terkandung di dalam album ini adalah seperti Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan sebuah single yang menjadi taruhan album ini, lagu Kita Cinta duet bersama dengan nDato’ Khatijah Ibrahim.

Selain itu juga, dua buah lagu lama yang telah digubah semula dengan susunan muzik baru iaitu lagu Kau Ilhamku dan juga Masih Aku Terasa ini turut dimuatkan ke dalam album terbaru Man Bai. Lagu-lagu yang pernah popular dan melonjakkan nama Man Bai ke dalam industri seni ini juga merupakan lagu yang diminta sendiri oleh pihak Sony Music untuk dirakamkan semula. Man Bai, selaku produser untuk album terbarunya ini kini sedang rancak menjalankan kolaberasi bersama dengan kumpulan Pop Shuvit menerusi lagu Seperti Syurgamu. Penampilan kolaberasi yang pertama kali ini juga akan menemui anda di pentas MTV World Stage Malaysia 2011 di i-City Shah Alam pada 24 Julai akan datang.

 Semoga dengan semangat yang tidak pernah padam ini juga akan membawa nama Man Bai kembali semula meniti di persada seni tanah air dengan jayanya. Usaha seni ini harus kita sokong dengan memberikan khidmat bantuan kepada seniman tanah air yang tidak pernah berputus asa untuk terus berkarya demi masa depan industri. Semoga melalui album Inspirasi ini juga, nama Man Bai akan terus diingati dan kekal di dalam dunia seni ini.

[ads] [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan