Sabtu, 25 Jun 2011

SEPAH Juara Maharaja Lawak!

Jangan lupa follow blog Topik Hangat! nie ye untuk bermacam lagi topik yang sedang HANGAT di bumi Malaysia nie.. Lepas baca tu komen laa sikit kan?? ^_^.. Follow dan visit laa blog saya satu lagi iaitu Akaun Sempit ye.. .. .. .. ..

---> Akhirnya persoalan utama mengenai siapakah yang akan meyandang gelaran utama dan bergelar Maharaja Lawak sekali gus memenangi hadiah utama bernilai RM350,000 telah pun terungkai. Saingan hebat antara empat peserta yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir ML telah pun berlangsung pada malam 24 Jun yang lalu. Keempat-empat peserta berentap di dalam merebut takhta Maharaja Lawak, Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu telah memberikan persembahan yang terbaik dan cukup menghiburkan.

Rancangan berunsurkan komedi ini telah menjadi satu fenomena yang menggemparkan negara dan berjaya mencatat sejarah yang tersendiri. Akibat dari permintaan ramai, rancangan ini ditambahkan lagi tiga minggu dan pentas Maharaja Lawak dibawa ke tiga buah negeri iaitu Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

Sambutan hangat ini juga sedikit sebanyak telah menaikkkan semangat para peserta yang bersaing sesama sendiri untuk memberikan hiburan yang maksima. Para peserta ada memberitahu di dalam sidang media yang berlangsung sebaik sahaja gelanggang ML ditutup, memberitahu bahawa mereka bukan ingin bersaing antara satu sama lain untuk merebut gelaran utama. Malah mereka bersaing untuk memberikan hiburan yang terbaik buat tontonan penonton yang selama ini telah menyokong mereka.

Siaran Final Maharaja Lawak yang telah disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan juga turut disiarkan di dalam saluran khas definisi tinggi HD; saluran 188 ini telah berlangsung dengan meriahnya di Stadium Malawati Shah Alam yang bermula pada 10 malam. Peminat setia ML telah pun membanjiri kawawan sekitar stadium seawal jam 5 petang lagi.

Pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan sebelum persembahan akhir ML dijalankan pada malam hari. Antaranya adalah persembahan dari bekas peserta ML dan juga bekas pelajar-pelajar Akademi Fantasia turut sama menghadirkan diri dan memeriahkan majlis. Tiket-tiket untuk pemenang bertuah juga turut diedarkan pada petang tersebut yang merupakan peluang akhir untuk menyaksikan ML secara langsung di Stadium tertutup itu.

Empat finalis Maharaja Lawak ini terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu, Kumpulan Sepah, yang menjadi gabungan antara Mohd Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib), dan Mohd Nadzri (Jep) ini disertai oleh kumpulan Jambu yang terdiri daripada Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh), Kumpulan Jozan yang terdiri daripada Mohd Yazid Lim (Johan) dan Mohd Razizan Razak (Zizan) serta turut disertai oleh seorang peserta solo iaitu Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil. Mereka telah pun memberikan persembahan yang terbaik melalui dua tugasan utama iaitu tugasan yang bertemakan bebas dan juga komedi muzikal.

Melalui dua tugasan ini jugalah, para peserta telah diadili oleh pihak juri yang terdiri daripada Mamat Khalid, Ahmad Idham dan juga Saiful Apek. Sebelum merangkul takhta Maharaja Lawak, peserta terlebih dahulu diadili oleh juri tetap dengan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi datangnya daripada undian penonton.

Pentas akhir Maharaja Lawak ini telah pun dimulakan dengan pusingan pertama yang membawa persembahan solo bertemakan bebas dari Nabil, yang kemudian diiukti oleh Jambu, Sepah dan yang terakhir adalah Jozan. Persembahan lawak pada pusingan pertama ini menyaksikan kumpulan Sepah tampil cemerlang dengan persembahan muzikal dengan membawa kembali idea peniruan identity seorang ustazah yang cukup menghiburkan.

Nyata kumpulan Sepah amat memahami citarasa masyarakat Malaysia yang lebih sinonim dengan lawak ringan dan santai seperti yang telah dipersembahkan oleh mereka semalam. Nabil juga telah menyampaikan persembahan yang menghiburkan dengan menampilkan bantuan dari seorang rakannya yang menjadi Spiderman yang pada mulanya disangkakan patung. Nyata Nabil begitu berusaha untuk menampilkan yang terbaik untuk bersaing dengan peserta berkumpulan lain yang hebat-hebat belaka.

 Pusingan kedua pula masih lagi menampilkan Nabil sebagai peserta pertama dengan persembahan muzikal pula. Lagu yang dibawakan oleh Nabil agak panjang sehingga AC Mizal, selaku Hos Maharaja Lawak terpaksa keluar dan memberikan isyarat namun Nabil masih menyelesaikan perjuangannya. Nyata Nabil mencuba sedaya upaya untuk memikat hati para pengundi pada malam tersebut. Kemudian, Jambu pula tampil dengan persembahan muzikal yang menampilkan seorang pelakon yang menjadi sebutan Yus, iaitu Zila Bakarin.

Nyata persembahan mereka yang dibantu oleh Zila Bakarin ini telah menyempurnakan tugasan akhir Jambu di dalam pentas Maharaja Lawak. Apabila Sepah mengambil alih pentas akhir ML ini, kegamatan mula dirasai di stadium dan di rumah apabila kemunculan Dafi di atas pentas ML menjadi kenyataan.

 Hampir setiap minggu, nama Dafi disebut-sebut oleh Shuib, dan akhirnya hasrat Shuib menjadi satu realisasi. Jozan pula tampil menghiburkan dengan menyempurnakan tugasan akhir mereka dengan membawa persembahan muzikal Mael Lambung dan Acai. Persembahan penutup yang nyata memberikan impak yang amat menerujakan penonton.

Sebaik sahaja habis dan tamat persembahan dari Jozan, maka talian untuk Maharaja Lawak ditutup untuk kesekian kalinya dan jawapan kepada persoalan utama telah pun terjawab. Pengurus Saluran Astro Warna, Encik Nizam Sani telah membawa keputusan ke atas pentas dan menobatkan kumpulan Sepah sebagai Maharaja Lawak dan sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 350,000 berserta trofi sumbangan Astro serta takhta utama Maharaja Lawak. Jozan pula tampil selesa di tempat kedua dan merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000 berserta trofi sumbangan Astro dan Nabil nampaknya menang besar kerana satu-satunya peserta solo yang mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 150,000 dan Jambu di tempat yang keempat dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi suimabngan Astro.

Semoga melalui penghormatan yang diberikan oleh pihak Astro ini, akan merancakkan lagi kehadiran pelawak-pelawak di Malaysia ini. Semoga industri yang berunsurkan komedi ini akan lebih dihargai dan diiktiraf serta menjadi satu bidang yang berkembang pesat dengan status yang tersendiri.

Berikut merupakan peratusan undian yang telah menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Maharaja Lawak tahun 2011 ini.

1. Sepah - 37%
2. Jozan - 30%
3. Nabil - 20%
4. Jambu - 12%

ps: Anda puas hati dengan result ini?? Jangan lupa follow blog Topik Hangat! ye! Komen laa jugak.. Visit dan follow laa jugak blog Akaun Sempit nie ye semua pembaca budiman~

pss: [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan 

5 ulasan:

  1. wow! Jozan pun best gak.. Tahniah Sepah~

    BalasPadam
  2. tahniah pada sepah sbb mjadi juara utk maharaja lawak...
    saya dh follow awk...
    klu berminat follow lah sye yer...
    thankz...

    BalasPadam
  3. jozan pon bezz gak annn.......tp malam 2.....sepah laaa lg bess.....papepon tahniah sepahhh....:D

    BalasPadam
  4. betol.. semua malam tu best.. beza undian sepah ngan jozan lak 7%.. memang xleh kejar dah.. heheh..

    BalasPadam