Rabu, 27 Julai 2011

Duit Syiling Baru 2012


[ads] [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mereka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan dan lihat bukti mereka di Ruangan Bukti Komisyen

Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.