Sabtu, 2 April 2011

AF9- Akademi Fantasia

Seakan baru semalam menyaksikan kemenangan pelajar Akademi Fantasia Musim ke lapan (AF8), Mohd Shahir Zawawi atau Shahir, kini perjuangan AF untuk musim ke sembilan diteruskan bagi mencari bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis di dalam dunia seni suara ini.

Membuat pengumuman rasmi mengenai 12 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai akademi popular ini, pihak Astro Ria juga turut mengambil peluang itu untuk memperkenalkan barisan tenaga pelajar yang bakal terlibat dengan program Akademi Fantasia musim ke sembilan (AF9) ini.

Terpilih menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti, AF9 ini bakal menempatkan enam orang pelajar lelaki iaitu Afif, Amir, Azri, Erul, Kay dan Raqib, manakala enam orang pelajar lagi ialah pelajar perempuan iaitu Aida, Eka, Laika, Lena, Miza dan Nera.

Pelajar-pelajar ini akan menerima tunjuk ajar yang terbaik daripada lima orang guru iaitu Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan bahasa inggeris, Adlin Aman Ramli (guru lakonan dan persembahan), Syafizawati Sharif atau Shafi dan Ning Baizura (guru vokal) dan A. Aris A. Kadir (guru tari).

Kembali dengan konsep asal iaitu malam konsert dan malam penyingkiran tidak lagi dilakukan pada hari yang berbeza seperti AF8 yang lalu, jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi, AF9 ini juga masih lagi mengekalkan format pemarkahan seratus peratus daripada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (sms) atau AFUNDI.

Mengalu-alukan kedatangan Adlin Aman Ramli dan Ning Baizura sebagai keluarga baru dalam tenaga pengajar AF, dan yakin mereka mampu membimbing pelajar-pelajar AF9 ini dengan sebaik mungkin.

"Ning dan Adlin bukan baru dalam AF ini, sebelum ini mereka terlibat sebagai juri tetap dalam musim-musim sudah, tetapi kali ini kami memberi peluang untuk turut sama memberi tunjuk ajar pada pelajar.

"Melihat kepada pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing, kami percaya ia memberi manfaat kepada para pelajar sekali gus menyumbang kejayaan kepada AF untuk musim terakhir ini,"jelas Azlin.

Sudah bersiaran bermula hari ini (2 April 2011), AF9 juga akan diserikan dengan beberapa siaran berkaitan seperti Tirai AF pada 2 April pada pukul 9 malam, Kenangan Afnil, setiap hari Sabtu bermula 2 April pada pukul 8.30malam, dan Diari AF yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 4 April pada pukul 9 malam.

[ads] [Kelab Jutawan] Terbaca lak kisah jutawan..Pendapatan beliau sehari dianggarkan Sebanyak RM6 Juta Sehari iaitu Bill Gates (Pengasas Microsoft)..Cuba bayangkan,apa dia buat dgn duit sebanyak tu..tu saya belum cerita tentang Mark Zuckerberg (Pengasas Facebook)..Rahsia Mereka ada di sini: http://bit.ly/lyIjY0 Nota harian mreka ada disini: http://on.fb.me/jaxfFl Like pages ini: http://www.facebook.com/FormulaKelabJutawan

p/s:****
Bekalan duit untuk seumur hidup anda! Jangan menyesal jika pakej ini habis!! Anda akan didedahkan dengan rahsia orang kaya yang tidak mahu anda atau sesiapa pun tahu!! Rahsia bagaimana anda boleh dapat RM500 hingga RM1000 sehari secara SAMBILAN!! Kalau full time?? Layari http://tinyurl.com/formulaluarbiasapro untuk maklumat lanjut dan website peribadi saya di http://formulaluarbiasapro.webs.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan